Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Farisha Iris dapat sekuntum bunga ros

    Jika sebelum ini Farisha Iris (gambar) menafikan spekulasi warganet kononnya dia sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon, Niezam Zaidi, namun kali ini penyanyi berusia 24 tahun itu dilihat semakin terbuka berkongsi kemesraan di media sosial.

    Menerusi hantaran terbaharu di TikTok, Farisha atau nama sebenar Farisha Asmadi memuat naik video Niezam memberikannya sekuntum bunga ros merah ketika mereka berdua berada di dalam sebuah kereta.

    Niezam yang mengetahui aksinya sedang dirakam dilihat tersipu malu dan sempat berjenaka dengan penyanyi lagu Alasan Terindah itu.

    “Eh, tak perlulah rakam, malulah dekat orang. Bunga tu tanam supaya nanti ia tumbuh banyak boleh jual balik.

    “Ingat apa, ini ROI, return of investment (pulangan pelaburan),” kata Niezam.

    Farisha terima bunga daripada Niezam. – Agensi

    Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok pada Selasa itu menerima lebih 800,000 tontonan dan hampir 80,000 tanda suka.

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat seakan ‘merestui’ hubungan pasangan selebriti ini.

    Malah, ada yang mengharapkan agar mereka benar-benar menjalinkan hubungan cinta dan berakhir sebagai pasangan suami isteri.

    “Ada nampak video Niezam cakap tengah kenal hati budi, kalau tak salah la. Tapi kalau dengan yang ni, saya lepaskan crush saya. Hehe love!

    “Dah la saya kecewa, tapi saya merelakan. Suka tengok hubungan korang. Semoga kekal eh sampai ke jenjang pelamin dan sampai syurga tau,” tulis warganet.

    Sebelum ini, Farisha pernah mendedahkan nama bekas kekasihnya yang bermula dengan huruf N di konsert Raisa pada November tahun lalu.

    Warganet mula membuat spekulasi bahawa bekas kekasih yang dimaksudkan penyanyi itu adalah Niezam Zaidi.

    Farisha bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan mengakui situasi tersebut berlaku secara spontan kerana terlalu teruja bertemu dengan penyanyi popular dari Indonesia itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda