Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Gaun aluminium foil Michelle Yeoh curi perhatian di Met Gala

    Kemunculan pelakon Tan Sri Michelle Yeoh di acara karpet merah Met Gala 2024 mencuri perhatian ramai apabila pemenang Anugerah Oscar itu tampil dengan gaun kerajang timah atau aluminium foil.

    Michelle atau Michelle Yeoh Choo Keng, 62, memberitahu busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasikan daripada kenangan sewaktu zaman kanak-kanaknya.

    “Sebenarnya gaun ini adalah sesuatu yang Demna pernah buat ketika dia masih kanak-kanak. “Bermain dengan kerajang timah dan menghasilkan pakaian untuk anak patung adiknya,” katanya, menurut mStar.

    Pada acara gilang gemilang itu juga, Michelle turut tampil dengan potongan dan gaya rambut baharu yang membuatkan pelakon itu kelihatan lebih muda.

    Met Gala 2024 yang berlangsung di Muzium Seni Metropolitan, New York pada malam Isnin turut menampilkan ramai selebriti terkenal termasuk Jeniffer Lopez, Sarah Jessica Parker, Kylie Jenner, Rihanna, Ariana Grande, Cardi B dan Doja Cat. – Agensi

    Michelle menggayakan busana rekaan Balenciaga. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka korban banjir di Afghanistan cecah 400 orang

    KABUL, 19 MEI - Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik laporan Tolo News yang...