Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    DPMM FC sah tandatangani Julio Cruz

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – DPMM FC telah mengumumkan penandatanganan pemain penyerang Mexico, Julio Cruz, menjelang musim Liga Perdana Singapura (SPL) 2024-2025 yang akan bermula hujung minggu ini, menurut kelab itu dalam media sosial baru-baru ini.

    Penyerang berusia 28 tahun itu merupakan pemain import keempat kelab tersebut selepas mendapatkan pemain Brazil, Gabriel Gama, Miguel Oliveira dari Portugal dan Patrick Flottmann dari Australia semasa pramusim.

    Julio, yang berasal dari Minatitlan, memiliki rekod jaringan cemerlang setelah memenangi Kasut Emas dalam Liga de Expansion MX, yang setaraf dengan liga kedua bola sepak Mexico.

    Dia bermain untuk Oaxaca FC sebelum ini dan telah beraksi dalam perlawanan terakhirnya pada 12 Mac. Bekas pasukannya itu menamatkan saingan musim lalu di kedudukan ke-10 dalam liga.

    Sebelum menyertai DPMM FC, Julio juga pernah bermain untuk Cartagines, kelab terkemuka di Costa Rica, dan kemudian berpindah ke kelab Chile, San Carlos.

    Pemain import DPMM FC, Julio Cruz (tengah) semasa menandatangani kontrak. – GAMBAR SERAHAN DPMM FC

    Prestasinya yang cemerlang tercatat dengan nisbah gol setiap permainan yang baik sepanjang musim debutnya di setiap kelab yang diwakilinya.

    Bulan lalu, DPMM FC telah memberikan bayangan mengenai kedatangan Julio setelah mengumumkan bahawa penyerang tersebut telah bersetuju untuk menyertai kelab itu sementara menunggu formaliti.

    Dengan kedatangannya, kelab itu kini memiliki enam pemain import asing musim ini, termasuk pengekalan khidmat penjaga gol, Kristijan Naumovski dan pemain tengah, Farshad Noor.

    Musim ini akan menyaksikan bilangan pemain asing terbanyak dalam senarai DPMM FC berikutan kelonggaran kuota yang dibenarkan untuk bermain dalam liga.

    DPMM FC akan memulakan kempen mereka yang dinanti-nantikan menentang Young Lions di Stadium Jalan Besar di Singapura pada 11 Mei.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka korban banjir di Afghanistan cecah 400 orang

    KABUL, 19 MEI - Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik laporan Tolo News yang...