Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Geely perkenal konsep SUV diperkasakan AI, Galaxy Starship

    BEIJING 25 APRIL – Pembuat kereta terbesar di China, Geely Auto Group hari ini telah memperkenalkan konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) yang pertama di dunia yang diperkasakan teknologi pintar elektrik, 11 dalam satu iaitu Galaxy Technology Flagship Galaxy Starship.

    Sekali gus, menandakan Geely sebagai perusahaan industri automotif pertama di dunia yang berupaya mencipta keseluruhan sistem seni bina kecerdasan buatan (Al) bagi kenderaan pintar.

    Reka bentuk itu turut menampilkan beberapa ciri diperkasakan AI seperti casis digital AI, integrasi pemacu hibrid silikon karbida dan teknologi satelit bersepadu.

    Kenderaan itu dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Geely Auto, Jerry Gan pada Pameran Automotif Antarabangsa Beijing 2024 di China hari ini.

    “Dengan memanfaatkan kuasa Al sebagai dorongan had fizikal, Geely komited untuk membina kereta pintar yang boleh dikawal dan disambungkan,” kata Gan.

    Turut hadir CEO Proton Holdings Bhd, Li Chunrong serta CEO Proton Edar Sdn Bhd dan Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah.

    Geely Holding memegang 49.9 peratus kepentingan dalam Proton Holdings Bhd, syarikat induk Proton Edar.

    Gan berkata Galaxy Starship merupakan prototaip SUV perdana teknologi terkini, yang dibangunkan berdasarkan reka bentuk GEA, seni bina tenaga baharu pintar global yang dibangunkan sendiri oleh Geely yang mengintegrasikan perkakasan, sistem, ekologi serta AI, merealisasikan lima aspek utama tanpa had iaitu reka bentuk ruang, tenaga pintar, keselamatan domain penuh, kecerdasan AI dan prestasi kawalan pemanduan. – Bernama

    Sebuah kereta Geely Galaxy Starship dipamerkan di Pameran Auto Beijing di Beijing, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...