Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Gema Syawal 2024 BIBD meriah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Kemeriahan suasana Hari Raya Aidilfitri masih hangat dirasakan walaupun sudah memasuki minggu ketiga Syawal dengan majlis-majlis rumah terbuka terus giat dianjurkan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

    Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) juga tidak ketinggalan memeriahkan bulan kemenangan ini dengan mengadakan Gema Syawal 2024 yang berlangsung di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Brunei, hari ini.

    Antara yang hadir pada majlis itu ialah menteri-menteri kabinet dan timbalan-timbalan menteri, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, pegawai kanan kerajaan, orang-orang kenamaan asing serta orang terkemuka perniagaan dan tokoh masyarakat.

    Turut mengalu-alukan kehadiran kira-kira 2,500 orang tetamu ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada tiga badan bukan kerajaan yang memberi impak iaitu Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), SMARTER Brunei, dan BIBD ALAF.

    Menonjolkan etos Bruneian at Heart BIBD, sumbangan itu memfokuskan pada tujuan nilai bank iaitu keusahawanan, kemampanan, dan pembangunan masyarakat.

    Sebahagian besar daripada dana yang disumbangkan adalah daripada BIBD Ramadan yang telah berjaya diadakan di Eco Bazaar yang dilancarkan pada minggu pertama Ramadan 2024.

    Sumbangan telah disampaikan oleh Awang Junaidi dengan disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku Pengerusi Kumpulan BIBD.

    Majlis sambutan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepada pihak berkepentingan yang telah menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaan bank.

    Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan isteri turut hadir pada majlis itu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menyaksikan penyampaian sumbangan BIBD. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Para tetamu disajikan dengan pelbagai hidangan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...