Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Israel lancar serangan udara

    BAITULMAQDIS, 19 APRIL – Israel melancarkan serangan udara pertama di Semenanjung Gaza awal hari ini sebagai tindak balas roket ditembak dari kawasan Palestin ketika ketegangan memuncak selepas keganasan pada hujung minggu di sekitar kawasan suci Baitulmaqdis.

    Siren amaran dibunyikan di selatan Israel malam kelmarin selepas roket dilepaskan dari kawasan yang dikuasai oleh kumpulan pejuang Islam, Hamas, kejadian pertama sejak awal Januari.

    Peluru itu terhempas di laut di luar Tel Aviv.

    “Sebuah roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke wilayah Israel. Roket berjaya di pintas oleh Sistem Pertahanan Udara Kubah Besi,” menurut kenyataan dari tentera Israel.

    Beberapa jam kemudian tentera udara Israel berkata ia telah menyasarkan tapak pembuatan senjata Hamas sebagai serangan balas.

    Api dan asap kelihatan semasa serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 19 April. – AP

    Hamas mendakwa ia telah menggunakan ‘pertahanan antipesawat’ untuk membalas serangan udara, yang tidak mengakibatkan korban jiwa, menurut saksi dan sumber keselamatan di Gaza.

    Tiada kumpulan segera mengaku bertanggungjawab terhadap serangan roket tetapi ia dilancarkan selepas siri serangan di Israel dan ketegangan pada hujung minggu di kawasan suci di Baitulmaqdis.

    Israel mendakwa Hamas bertanggungjawab atas semua roket yang dilepaskan dari Israel, yang kebiasaannya dibalas dengan serangan udara.

    Kejadian, yang pertama kali berlaku sejak Januari, tercetus selepas keganasan pada hujung minggu antara Israel dan Palestin di dan sekitar Baitulmaqdis, kawasan Masjid Al-Aqsa yang dilarang masuk sehingga mencederakan lebih 170 orang, kebanyakannya adalah pembantah Palestin.

    Sumber diplomatik berkata Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan perjumpaan hari ini untuk membincangkan keganasan yang memuncak. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...