Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Kampung Menunggol terima jambatan kayu, gerbang baharu

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Aktiviti amal gotong-royong menyelesaikan kerja-kerja terakhir pembinaan jambatan kayu baharu menuju ke Tanah Perkuburan Islam Menggaris, Kampung Menunggol, Mukim Kota Batu telah diadakan baru-baru ini.

    Kerja gotong-royong itu turut disertai oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim dan Pengarah Urusan Cityneon, Dato’ Jack Ting.

    Aktiviti amal berkenaan diungkayahkan oleh Ketua Kampung Menunggol, Haji Ibrahim bin Haji Osman bersama ahli-ahli majlis perundingan kampung (MPK), takmir masjid serta penduduk Kampung Menunggol.

    Kerja-kerja amal ini turut mendapat bantuan daripada penderma serta individu yang memberikan bantuan bahan binaan bagi menggantikan jambatan lama yang telah usang dan tidak boleh lagi digunakan khususnya oleh penduduk-penduduk kampung untuk memasuki tanah perkuburan Islam berkenaan.

    Sebelum ini, mereka terpaksa menggunakan perahu untuk memasuki kawasan tanah perkuburan tersebut dengan melalui sungai kecil berdekatan yang tertakluk kepada keadaan pasang surut air sungai berkenaan.

    Majlis diselajurkan dengan perasmian Gerbang Mercu Tanda Kampung Menunggol yang terletak di kuala jalan memasuki kampung tersebut.

    Gerbang tersebut akan menjadi salah satu dari pintu masuk orang ramai yang berkunjung ke kampung berkenaan.

    Ia memberikan sedikit sebanyak informasi yang berkaitan dengan Kampung Menunggol yang merupakan salah sebuah perkampungan yang terdapat di Pulau Berambang yang terletak di perairan masuk Sungai Brunei.

    Salah satu tempat yang kerap dikunjungi oleh orang ramai di Kampung Menunggol adalah Bukit Bujang Pahang bagi melakukan aktiviti riadah dan rekreasi.

    Perasmian Gerbang Mercu Tanda Kampung Menunggol oleh Awang Misle dan Dato’ Jack Ting. – Gambar serahan JDBM
    Awang Misle dan Dato’ Jack Ting ketika menyertai aktiviti amal berkenaan.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...