Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kepentingan jaga, tunai solat lima waktu

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Masjid Kampung Sungai Besar dan Majlis Perundingan Mukim (MPM) Kota Batu, kelmarin, telah menganjurkan program ceramah keagamaan sempena memperingati Israk dan Mikraj yang berlangsung di masjid berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, yang juga Pemangku Penghulu Mukim Kianggeh dan Ketua Kampung Subok.

    Ceramah telah disampaikan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Haji Sammali bin Haji Adam yang antara lain mengongsikan pengajaran dan iktibar daripada peristiwa agung Israk dan Mikraj.

    Beliau turut menyentuh kepentingan menjaga dan kewajiban menunaikan sembahyang lima waktu dan mengamalkan sembahyang-sembahyang sunat yang menyediakan limpahan pahala.

    “Jangan kitani tinggalkan sembahyang sunat Subuh kerana dua rakaat sembahyang sunat Subuh itu lebih baik daripada dunia serta segala isinya,” tegas beliau.

    Majlis itu merupakan salah satu program takmir Masjid Kampung Sungai Besar dan aktiviti MPM Kota Batu untuk menyemarakkan dan mengambil pengajaran daripada peristiwa Israk dan Mikraj.

    Turut hadir pada majlis itu ialah ahli MMN, Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan selaku Ketua Kampung Belimbing; Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amirhisyam bin Haji Masri; Pemangku Penghulu Mukim Kota Batu dan Ketua Kampung Pulau Baru-Baru, Kampung Sungai Bunga dan Tanjung Kindana, Awang Zaini bin Haji Salleh dan Ketua Kampung Sungai Besar, Kampung Serdang dan Kampung Sungai Belukut, Leftenan Kol (B) Haji Zaini bin Haji Damit.

    Juga hadir ialah Penasihat Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Mohiddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, ahli-ahli MPM Kota Batu, belia dan beliawanis serta jemaah di mukim berkenaan.

    Ceramah keagamaan sempena sambutan Israk dan Mikraj di Masjid Kampung Sungai Besar disampaikan oleh Haji Sammali.
    Yang Berhormat Awang Lawi bersama tetamu khas yang lain hadir di majlis itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...