Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kerajaan Kenya roboh rumah di kawasan yang mudah dilanda banjir

    NAIROBI, 8 MEI – Kerajaan Kenya telah mula merobohkan rumah yang dibina di kawasan terdedah banjir dan menjanjikan kepada keluarga yang dipindahkan sejumlah AS$75 untuk berpindah selepas tamat tempoh untuk mengosongkan kawasan itu di tengah-tengah hujan yang membawa maut.

    Di ibu negara, Nairobi, sebuah jentolak merobohkan dinding besi ketika orang ramai melihat dengan putus asa. Pasukan keselamatan dengan pistol dan belantan berkawal dan melepaskan gas pemedih mata ke arah beberapa penduduk. Kerajaan minggu lalu memberitahu ribuan penduduk yang tinggal berhampiran sungai, empangan dan kawasan-kawasan lain yang sering dilanda banjir supaya mengosongkan kawasan itu kerana hujan lebat yang telah meragut 238 nyawa dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

    Kebanyakan mereka yang rumahnya dirobohkan mengatakan mereka tidak tahu ke mana hendak pergi, walaupun kerajaan mendakwa mereka dimaklumkan tentang pilihan yang ada. Human Rights Watch telah menuduh kerajaan memberikan respons yang tidak memadai. “Sekarang apa yang kita akan lakukan? Kami sayang presiden kami dan itulah sebabnya kami menyokongnya. Dia harus datang membantu kami,” kata Jekenke Jegeke kepada The Associated Press.

    Presiden William Ruto, yang melawat kawasan perkampungan Mathare yang luas di sepanjang Sungai Nairobi baru-baru ini berkata mereka yang rumahnya telah dirobohkan akan diberi 10,000 syiling Kenya untuk membantu mereka menetap di tempat lain. – AP

    Sebuah jentolak merobohkan rumah di tanah riparian di kawasan Mukuru di Nairobi, Kenya pada 7 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka korban banjir di Afghanistan cecah 400 orang

    KABUL, 19 MEI - Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik laporan Tolo News yang...