Monday, May 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Inoue pertahan gelaran super bantamweight

    TOKYO, 8 MEI – Juara dunia super bantamweight Jepun, Naoya Inoue berkata, rasa takut membuatkan dia ‘bersemangat’ selepas menewaskan lawan dari Mexico, Luis Nery pada pusingan keenam untuk mempertahankan kejuaraannya di Tokyo Dome, baru-baru ini.

    Kira-kira 43,000 peminat memenuhi venue terkenal untuk perlawanan tinju pertama di sana sejak James Buster Douglas menumpaskan juara heavyweight, Mike Tyson pada Februari 1990 dalam salah satu kekecewaan terbesar sukan itu.

    Satu lagi kejutan serupa mungkin akan berlaku apabila Luis melepaskan tumbukan padu tangan kiri ke atas Monster Inoue dalam perebutan merebut empat tali pinggang kejuaraan.

    Bagaimanapun, Inoue bangkit dan menjatuhkan lawannya pada pusingan berikutnya, sebelum mengalahkan lawannya sekali lagi pada pusingan kelima dan menamatkannya dengan tumbukan cangkuk kanan di pusingan keenam.

    “Ia adalah perasaan yang hebat untuk menumbangkannya tetapi bagaimana pula dengan kejutan pada pusingan pertama?,” kata Inoue yang berusia 31 tahun.

    “Sebagai seorang petinju, apabila perkara itu berlaku kepada awda, ia membuatkan awda bersemangat. Ia memberi saya banyak tenaga.”

    Inoue ketawa tidak percaya kepada dirinya sendiri ketika dia duduk di penghujung pusingan pertama yang menakjubkan. – AFP

    Inoue (tengah) memegang tali pinggang kejuaraannya semasa meraikan kemenangan dalam perlawanan tinju gelaran super bantamweight IBF-WBA-WBC-WBO di Tokyo Dome. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jasad Anna Gutu, malim gunung ditemui selepas setahun hilang

    KATHMANDU, 19 MEI - Sepasukan pendaki gunung telah mendapatkan mayat pendaki Amerika Syarikat (AS) dan malim gunung yang tertimbus dalam runtuhan salji di Gunung...