Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Kincir angin Moulin Rouge runtuh

    PARIS, 25 APRIL – Bilah kincir angin di atas kabaret Moulin Rouge, salah satu mercu tanda paling terkenal di Paris, dilaporkan runtuh semalam, menurut anggota bomba tempatan hari ini, hanya beberapa bulan sebelum ibu negara Perancis itu menjadi tuan rumah Sukan Olimpik.

    Walaupun punca kemalangan itu belum diketahui, pengarah Moulin Rouge, Jean-Victor Clerico berkata tiada tanda ‘perbuatan keji,’ sambil menambah punca ‘jelas disebabkan masalah teknikal’.

    Tiada siapa yang dilaporkan cedera dan tiada risiko berlakunya runtuhan lanjut, kata anggota bomba Paris.

    Kemalangan itu akan menambah kebimbangan sama ada Paris, salah satu bandar yang paling banyak dikunjungi di dunia, bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada orang ramai yang akan membanjiri Kota Cahaya pada bulan Julai dan Ogos untuk Sukan Olimpik.

    Ratusan ribu orang menyaksikan rancangan kabaret setiap tahun, dengan lebih ramai lagi singgah untuk melihat dari luar di mercu tanda yang terletak di kaki bukit Montmartre.

    “Nasib baik ia berlaku selepas ditutup pada 1:15 pagi,” kata seorang pegawai Moulin Rouge yang tidak ingin namanya disiarkan kepada AFP.

    “Setiap minggu, pasukan teknikal kabaret memeriksa mekanisme kincir angin dan tidak menyedari sebarang masalah,” kata sumber itu sambil menambah tiada maklumat lanjut mengenai punca runtuhan itu.

    “Ini kali pertama kemalangan seperti ini berlaku sejak kabaret itu mula dibuka pada 6 Oktober 1889,” kata sumber itu. – AFP

    Gambar bingkai yang diambil daripada rakaman video AFP di Paris. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...