Saturday, May 4, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Lapangan terbang terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 OKT – Agensi keselamatan di lapangan terbang antarabangsa New Delhi hari ini menerima ancaman bom yang dikatakan diletakkan di dalam sebuah pesawat yang akan tiba dari Moscow.

    Namun, agensi keselamatan mendapati ancaman itu sebagai palsu. “Ancaman diterima melalui e-mel di Pusat Operasi Kawalan Lapangan Terbang (AOCC),” menurut pegawai kanan Pasukan Keselamatan Pusat Industri (CISF).

    “Usaha sedang dilakukan untuk mencari lokasi penghantar e-mel,” tambah pegawai itu.

    Skuad bom dan pasukan penyelamat turut dikerahkan ke lapangan terbang. Sebaik sahaja pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi di New Delhi, semua penumpang dan ahli kru turun dari pesawat dengan selamat, dan kapal itu diperiksa dengan teliti, menurut kenyataan polis New Delhi.

    Laporan polis New Delhi berkata pesawat itu mendarat kira-kira 3:20 pagi waktu tempatan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...