Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Liverpool buru empat teratas

    LEICESTER, 16 MEI – Liverpool mengekalkan usaha mereka untuk meraih tempat di Liga Juara-Juara musim depan apabila Curtis Jones menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-0 menentang Leicester di King Power Stadium, kelmarin.

    Trent Alexander-Arnold melengkapkan prestasi terbaiknya dengan peranan baharu di antara bek kanan dan tengah dengan rembatan yang menakjubkan ketika Liverpool mencecah satu mata daripada empat teratas.

    Anak buah Jurgen Klopp masih memerlukan kejatuhan Newcastle atau Manchester United pada akhir musim, tetapi kemenangan tujuh perlawanan berturut-turut daripada The Reds telah meningkatkan tekanan ke atas pesaing mereka, yang kedua-duanya mempunyai baki tiga perlawanan kepada dua perlawanan Liverpool.

    “Itu sahaja yang boleh kami lakukan,” kata Klopp. “Amat memalukan jika mereka tergelincir dan kami tiada di sana. Jadi kami perlu melakukan tugas kami.

    “Saya fikir kami boleh layak ke saingan Eropah yang mana enam minggu lalu seperti sukar.”

    Tujuh tahun selepas mengejutkan dunia dengan memenangi kejuaraan, Leicester kini bergelut di Liga Perdana dan memerlukan dua mata untuk keluar dari zon penyingkiran ketika berbaki dua perlawanan dalam tangan.

    Mereka akan berdepan satu lagi tugas berat apabila bertandang ke Newcastle Isnin depan dalam perlawanan yang menentukan nasib mereka sekiranya Everton atau Leeds menang hujung minggu ini.

    “Ia agak mudah, kami perlu memenangi perlawanan seterusnya,” kata bos sementara Leicester, Dean Smith. – AFP

    Reaksi Andy Robertson (kanan) semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, Leicester, England, 15 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka korban banjir di Afghanistan cecah 400 orang

    KABUL, 19 MEI - Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik laporan Tolo News yang...