Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Liverpool terus kejar Man City

    LONDON, 14 FEB – Liverpool mengekalkan tekanan ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City ketika Fabinho memastikan kemenangan 1-0 ke atas Burnley, manakala usaha Tottenham memburu tempat dalam empat kelompok teratas menerima tamparan dengan kekalahan 2-0 kepada Wolves kelmarin.

    Fabinho menjaringkan gol pada lewat separuh masa pertama di Turf Moor untuk memberikan Liverpool kemenangan keempat berturut-turut dalam liga.

    Liverpool ketinggalan sembilan mata di belakang City dan mempunyai satu perlawanan baki dalam tangan apabila pasukan The Reds enggan menjadikan perebutan kejuaraan sebagai hadiah istimewa buat anak buah Pep Guardiola.

    City mencatatkan 14 kemenangan daripada 15 perlawanan liga terakhir mereka Sabtu lalu tatkala Raheem Sterling meledak hatrik ketika kemenangan 4-0 ke atas Norwich kelmarin.

    Tetapi Guardiola yakin Liverpool akan memberikan tekanan sehingga ke penghujung saingan buat pasukan juara itu dan dengan cara mereka bersaing berdepan pasukan tercorot, Burnley membuktikan kesungguhan mereka untuk memenangi perlawanan.

    “Ia adalah sembilan mata dan kemudian 12 mata kerana kebanyakan masa City bermain di hadapan kami. Ini adalah perlawanan yang benar-benar sukar. Itulah sebabnya kami tidak memikirkan tentang pemburuan kejuaraan,” kata pengurus pasukan Reds, Jurgen Klopp.

    Selepas permulaan yang kurang menyakinkan, di mana Burnley cuba memberikan kejutan pada awal perlawanan, Fabinho memulihkan keadaan lima minit sebelum separuh masa.

    Pemain Brazil itu menjaringkan gol kelima dalam tujuh perlawanan terakhirnya selepas Mane menanduk masuk hantaran sepakan sudut oleh Trent Alexander-Arnold. – AFP

    Fabinho semasa meraikan jaringan gol dalam perlawanan antara Liverpool dan Burnley kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...