Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Man City semakin hampiri sasaran juara, benam Brighton 4-0

    BRIGHTON, 26 APRIL – Manchester City mencatatkan satu lagi kemenangan besar dalam mengejar kejuaraan Liga Perdana keempat berturut-turut yang belum pernah berlaku sebelum ini, dengan Phil Foden meneruskan musim penjaring terbaik kerjayanya dengan dua gol ketika membelasah Brighton 4-0, semalam.

    Dua gol pada separuh masa pertama Foden hadir di antara gol oleh Kevin De Bruyne dan Julian Alvarez ketika City melanjutkan rekod tanpa kalah dalam liga kepada 18 perlawanan dan mengurangkan jurang kepada pendahulu Arsenal kepada satu mata.

    Liverpool ketinggalan dua mata di belakang di tempat ketiga selepas peluang kejuaraannya dirosakkan oleh kekalahan 2-0 di Everton pada hari Rabu.

    City mempunyai lima perlawanan berbaki – lebih satu daripada Arsenal dan Liverpool – dan, pada prestasi semasa, tidak menunjukkan tanda-tanda untuk tergelincir di peringkat akhir yang masih mengandungi perjalanan ke Nottingham Forest, Fulham dan Tottenham serta perlawanan di tempat sendiri menentang Wolverhampton dan West Ham.

    Menangi kesemua lima perlawanan tersebut dan City menjadi juara lagi.

    Tiada pasukan yang pernah memenangi empat kejuaraan papan atas berturut-turut dalam sejarah bola sepak Inggeris. – AP

    Phil Foden meraikan gol kedua pasukannya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Brighton dan Manchester City di Stadium Falmer di Brighton, England, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...