Monday, May 6, 2024
22.9 C
Brunei

    -

    ‘Sheriff’ cipta sejarah, kutip RM22.1 juta selepas 7 hari tayangan

    Filem Malaysia, Sheriff mencipta satu sejarah baharu apabila meriah kutipan sebanyak RM22.1 juta dalam tempoh tujuh hari ditayangkan.

    Memetik laporan mStar, kutipan tersebut meletakkan karya terbitan Skop Production dan Astro Shaw ini sebagai filem tempatan nombor satu tahun 2024.

    Penerbit Eksekutif Sheriff merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata beliau gembira apabila rata-rata penonton menerima filem Sheriff dengan baik.

    Kata Jastina, sekiranya sambutan terus menggalakkan filem Sheriff pastinya berjaya mencipta sebuah lagi sejarah dengan meraih kutipan luar biasa.

    “Alhamdullilah dan terima kasih penonton Sheriff yang telah memberikan reaksi luar biasa.

    “Melihat respons penonton yang sudah menonton Sheriff di pawagam, rata-rata dapat menerima jalan cerita dengan plot twist yang di luar jangkaan.

    “Memasuki minggu kedua, segelintir penonton sudah mula ulang menonton Sheriff lebih tiga kali di pawagam.

    “Kami mengharapkan penonton yang belum menyaksikan Sheriff tidak akan ketinggalan merasai ‘#DemamSheriff’ dan menikmati sebuah naskhah yang menjanjikan pengalaman berbeza,” katanya.

    Sementara itu, tinjauan di media sosial pula mendapati rata-rata penonton dalam mood ‘#DemamSheriff’ selepas menyaksikan filem arahan Syafiq Yusof berkenaan.

    Mereka berpuas hati dengan plot dan lakonan mantap yang ditonjolkan oleh kesemua barisan pelakon termasuk Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan.

    “Sebuah filem terbaik sentuhan Syafiq Yusof dan berjaya dijayakan oleh semua pelakon, setiap minit memang puas tengok dengan plot twist semua.

    “Saya rasa Sheriff Narko Integriti paling best untuk filem 2024 setakat ini, mantap habis,” komen netizen. – Agensi

    Penonton terkesima dengan lakonan mantap Syafiq dan Zul. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...