Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Marcos Jr isytihar kemenangan

    MANILA, FILIPINA, 11 MEI – Ferdinand Marcos Jr, anak lelaki mendiang diktator Filipina Ferdinand Marcos, telah mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya presiden hari ini, dan berdepan gesaan-gesaan awal untuk memastikan menghormati hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang dan demokrasi.

    Marcos Jr mendapat lebih 31 juta undi dalam kiraan undi tidak rasmi daripada undian Isnin lalu dalam apa yang digambarkan sebagai salah satu mandat paling kuat bagi presiden Filipina dalam tempoh berdekad-dekad. Calon naib presiden yang bertanding bersamanya, Sara Duterte, juga menang besar.

    Kemenangan Marcos Jr itu adalah kemenangan bagi demokrasi dan beliau berjanji untuk mencari kesepakatan dalam politik yang berbelah bagi, jurucakapnya, Vic Rodriguez berkata.

    “Kepada dunia: Nilai saya bukan dengan nenek moyang saya, tetapi dengan tindakan-tindakan saya,” Rodriguez memetik Marcos Jr sebagai berkata.

    Presiden dan naib presiden yang dipilih berasingan akan mengambil alih jawatan pada 30 Jun selepas keputusan disahkan oleh kongres. – AP

    Ferdinand Marcos Jr dikerumuni oleh para penyokongnya apabila dia tiba di ibu pejabat kempen di Manila, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...