Monday, May 6, 2024
22.9 C
Brunei

    -

    MotoGP lebarkan sayap ke Asia

    PARIS, 23 MAC – Musim MotoGP baharu akan berlangsung hujung minggu ini di Portugal dengan Carmelo Ezpeleta, bos Dorna, penganjur sukan, bakal menikmati prospek perlumbaan sulung di India dan Kazakhstan.

    Penambahan dua perlumbaan, menjadikan kalendar musim ini kepada 21 perlumbaan, bertujuan untuk meluaskan tarikan sukan itu daripada pangkalan kuasa tradisionalnya, 19 daripada 22 pelumba datang dari Eropah dan membuka pasaran baharu.

    Perlumbaan Kazakhstan berlangsung di Litar Lumba Antarabangsa Sokol dekat Almaty pada 9 Julai manakala Litar Antarabangsa Buddh menjadi tuan rumah MotoGP pertama India pada 24 September.

    “Kami adalah juara dunia dan walaupun Eropah cukup bernasib baik kerana kebanyakan pelumba datang dari sana, itu tidak bermakna kami hanya perlu berlumba di sana,” kata Ezpeleta kepada AFP.

    Dua perlumbaan baharu itu bermakna 10 daripada 21 perlumbaan tahun ini akan berlangsung di luar Eropah tetapi Ezpeleta berkata mungkin ada ruang untuk lebih banyak perlumbaan bukan Eropah kerana mereka menyasarkan 22 perlumbaan untuk musim yang akan datang.

    “Kita tidak tahu lagi jika ada 22 perlumbaan tetapi kemungkinan akan berkurangan di Semenanjung Iberia dan lebih banyak di negara lain,” katanya.

    Satu lagi kumpulan yang kurang diwakili dalam grid MotoGP ialah wanita.

    Ana Carrasco, yang telah menandatangani untuk pasukan BOE SKX dalam Moto3, akan menjadi satu-satunya wanita yang bersaing dalam mana-mana tiga kelas musim ini. – AFP

    Ketua Pegawai Eksekutif, Dorna Carmelo Ezpeleta semasa sidang media di Litar Losail di Doha. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...