Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Panjat kesyukuran puja usia DPMM

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    TUTONG, 21 FEB – Kementerian Kesihatan petang tadi telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri ke-49 Tahun.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Surau As-Salam, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Majlis didahului dengan sembahyang Sunat Hajat dan Fardu Asar berjemaah yang dipimpin oleh Ketua Guru Ugama, Pengiran Haji Radiman bin Pengiran Haji Tengah dan diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran.

    Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan, para pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan Hospital PMMPMHAMB.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa hadir pada majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...