Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pekerja asing lari daripada majikan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, PPDB menyatakan bahawa laporan untuk mengesan seorang pekerja lelaki wargane-gara Indonesia iaitu Moh Musbichin yang berusia 39 tahun dengan nombor pasport C7173460, telah dibuat di Balai Polis Sengkurong.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong di talian 2661334, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Moh Musbichin. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...