Wednesday, May 22, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Peluang beramal ibadah di bulan Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 APRIL – Sempena bulan Ramadan, Masjid Kampung Panchor Murai kelmarin mengadakan Majlis Penutup Tadarus dan sumbangan derma anak yatim bertempat di masjid berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Majlis tersebut merupakan aktiviti tahunan masjid bagi memberikan peluang kepada para jemaah dan penduduk Kampung Panchor Murai untuk beramal ibadah pada bulan Ramadan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi, diikuti Majlis Khatam Al-Quran secara beramai-ramai, bacaan takhtim, bacaan Doa Khatam yang dipimpin belia masjid dan Dikir Marhaban. Seterusnya, majlis menyaksikan penyampaian derma kepada 14 orang anak-anak yatim di kampung berkenaan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang hadir pada majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Panchor Murai baru-baru ini. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Penghadang besar mula dipasang

    FUJIKAWAGUCHIKO, 21 MEI - Sebuah bandar di Fujikawaguchiko, Jepun hari ini mula memasang penghadang besar di lokasi pemandangan popular Gunung Fuji, dalam usaha menghalang...