Sunday, May 5, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    PSG sedia rai kejuaraan Ligue 1

    PARIS, 25 APRIL – Paris Saint-Germain (PSG) mungkin akan disahkan sebagai juara Ligue 1 Perancis sekali lagi selepas Ousmane Dembele dan Kylian Mbappe masing-masing menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-1 di Lorient kelmarin.

    Keputusan itu melonjakkan PSG, 14 mata di depan Monaco di tempat kedua, yang mempunyai baki lima perlawanan termasuk pertemuan di tempat sendiri dengan Lille.

    Jika Monaco gagal untuk memenangi perlawanannya, PSG akan dapat melebarkan rekod kejayaan kepada 12 dalam kejuaraan liga Perancis, dan yang ke-10 dalam 12 kempen terakhir.

    Pasukan Luis Enrique mempunyai potensi untuk meraih treble, dengan perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara akan datang menentang Borussia Dortmund dan final Piala Perancis menentang Lyon pada bulan depan.

    Mereka dengan mudah menewaskan Lorient yang berada dalam ancaman penyingkiran di Brittany walaupun melakukan pelbagai perubahan dengan kapten Marquinhos, Achraf Hakimi dan Vitinha antara pemain yang direhatkan.

    “Kami melakukan tugas kami. Kami serius dan kami meraih tiga mata, walaupun melakukan banyak perubahan,” kata Luis Enrique.

    “Selagi musim persaingan belum tamat, kami tidak boleh berhenti,” katanya ketika ditanya mengenai prospek untuk merangkul kejuaraan dengan berbaki empat perlawanan.

    “Apa yang berlaku adalah menarik. Kami hampir, tetapi kami masih mempunyai sebulan lagi musim ini dengan perkara lain yang perlu dicapai.” – AFP

    Aksi Kylian Mbappe (tengah) semasa perlawanan bola sepak Ligue 1 Perancis di stadium Moustoir di Lorient, Brittany, barat Perancis pada 24 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...