Monday, May 6, 2024
22.9 C
Brunei

    -

    Bekas kekasih Thariq Halilintar ditahan polis

    Personaliti media sosial popular Indonesia, Chandrika Chika bersama lima rakannya ditahan pihak berkuasa ketika sedang berkumpul di sebuah bilik hotel di Setiabudi, Jakarta.

    Chika, 21, yang juga bekas teman wanita Tariq Halilintar dilaporkan berada di bilik hotel berkenaan melakukan aktiviti tidak bermoral, lapor mStar.

    Ia susulan pihak berkuasa menemukan satu pod rokok elektronik yang didapati mengandungi cecair ganja atau THC dalam bilik berkenaan.

    Chika juga disahkan positif ganja selepas Unit Narkotik Polis Jakarta Selatan membuat ujian air kencing terhadapnya dan rakan-rakan.

    Timbalan Ketua Penyelidikan Narkotik Polres Jakarta Selatan, Rezka Anugras berkata, hasil siasatan mendapati Chika dan rakan-rakannya sering menghabiskan masa bersama untuk menghisap dadah.

    Chika ditahan polis selepas ujian air kencing mendapati dia positif dadah. – mStar

    Rezka berkata kesemua mereka memberitahu tidak mengetahui menghisap ganja adalah kesalahan kerana merasakan ia adalah perkara biasa.

    “Enam suspek telah menjalani ujian air kencing, kesemuanya positif (dadah). Empat positif ganja, dua methamphetamine.

    “Mereka juga memberitahu sudah biasa ambil dadah dan menganggap ia perkara biasa,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan pada Selasa.

    Chika dan lima lagi rakannya turut hadir pada sidang media itu namun hanya menundukkan kepala dan menutupi wajah dengan rambutnya.

    Personaliti media sosial itu memberitahu dia mula mengenal dan mengambil dadah sejak setahun lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...