Monday, May 6, 2024
22.8 C
Brunei

    -

    Remaja 14 tahun dihadapkan ke mahkamah

    MELAKA, 18 JULAI – Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan membunuh adiknya dua minggu lepas.

    Tertuduh berusia 14 tahun itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kematian adik lelakinya yang berumur sembilan tahun di sebuah rumah di Kampung Bukit Piatu dalam daerah Melaka Tengah.

    Dia dituduh melakukan perbuatan itu antara pukul 11:30 pagi hingga 12:35 tengah hari pada 5 Julai lepas.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

    Prosiding di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman itu dijalankan secara tertutup kerana remaja itu di bawah umur.

    Mahkamah mengarahkan tertuduh dirujuk ke Hospital Permai, Johor untuk pemeriksaan psikiatri dan menetapkan 22 Ogos bagi sebutan semula kes.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin manakala remaja lelaki itu tidak diwakili peguam. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...