Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Sinar baharu rundingan damai selatan Thailand

    BANGKOK, 21 FEB – Pelantikan ketua fasilitator baharu serta keazaman yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, membawa sinar baharu untuk menjayakan dialog perdamaian di selatan Thailand ke arah yang positif – termasuk dalam rundingan damai pusingan keenam di Kuala Lumpur yang bermula hari ini.

    Profesor di National War College di Washington (AS) yang juga profesor di Georgetown University, Dr Zachary Abuza berkata Anwar telah mengambil langkah bijak dengan melantik bekas ketua pasukan pertahanan Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin sebagai fasilitator baharu.

     Zulkifli menggantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor sebgai ketua fasilitator berkuat kuasa 1 Januari.

    “Sebagai bekas ketua angkatan tentera, tentera Thailand akan lebih selesa berbincang dengan Zulkifli,” katanya kepada Bernama.

    Abuza berkata Anwar sangat mengambil berat tentang konflik di selatan Thailand dan sentiasa mahu melakukan ‘perkara yang betul’ untuk menyelesaikan konflik itu.

    Namun, katanya kini terpulang kepada kerajaan Thailand sama ada bersetuju memberi autonomi atau pemerintahan sendiri di selatan negara itu, terutama selepas rampasan kuasa 2014, memandangkan kini pemusatan lebih kepada aspek politik negara itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...