Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Sukuk Al-Ijarah ke-218 diterbitkan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), selaku agen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti Sukuk Al-Ijarah ke-218 berjumlah $100 juta.

    BDCB dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa Sukuk Al-Ijarah siri 218 diterbitkan 11 Mei untuk tempoh 91 hari dengan tempoh matang pada 10 Ogos dengan kadar sewa 3.5 peratus.

    Dengan terbitan tersebut, kerajaan Brunei sehingga kini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai kira-kira $16.15 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan sukuk kerajaan sehingga 11 Mei 2023 ialah sebanyak $270.5 juta.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...