Tuesday, May 7, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Kedutaan Thailand bantu kutip 36 pain darah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Kedutaan Thailand di Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan kempen derma darah bagi komuniti dan warga Thailand di Negara Brunei Darussalam dalam usaha membantu memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi terutama sekali pada waktu kecemasan.

    Ia juga diadakan bersempena hari puja usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Suthida Bajra-sudhabimalalakshana yang disambut pada 3 Jun ini.

    Sebanyak 36 pain darah dikumpulkan semasa kempen berkenaan yang dikendalikan di Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dari pukul 8:30 pagi hingga 3:30 petang.

    Hadir semasa kempen tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai yang turut berkesudian menderma darah pada kempen itu.

    Pada kempen kali ini, Puan Yang Terutama turut menyampaikan buah tangan sebagai tanda penghargaan kepada para penderma serta pegawai dan kakitangan di Kedutaan Besar
    Diraja Thailand yang mengambil bahagian dalam kempen tersebut.

    Salah seorang penderma warga emas berusia 69 tahun, Haji Abdullah bin Haji Muncit ketika ditemui pihak media mengongsikan bahawa beliau telah aktif menderma darah sejak 1971 lagi dan menderma sebanyak 201 kali.

    Pada kesempatan yang sama, beliau turut menyeru lebih banyak penderma darah di negara ini untuk menyumbang darah bagi membantu meningkatkan bekalan darah yang amat diperlukan.

    Menurutnya, tubuh badan beliau berasa selesa apabila kerap sekali menderma darah, malah ia merupakan suatu amalan murni yang bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan.

    PYT Boosara Kanchanalai juga tidak melepaskan peluang menderma darah semasa kempen itu.
    Haji Abdullah semasa ditemui pihak media.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...