Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Tangani krisis air di Sepanggar segera

    KOTA KINABALU, 27 MAC – Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha Sakmud menggesa Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) agar mengambil langkah drastik dalam menangani krisis air yang sejak sekian lama berlarutan di kawasan Parlimen berkenaan.

    Sehubungan itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia itu berkata projek Loji Rawatan Air Telibong Dua di Tuaran perlu diberi fokus untuk disiapkan segera.

    “Ini bukan lagi isu bekalan air biasa tetapi krisis air. Lebih 300,000 penduduk Sepanggar bergantung harap terhadap kecekapan JANS menyelesaikan masalah ini.

    “Kerajaan Persekutuan sebelum ini telah menyatakan kesediaan untuk membantu kerajaan negeri menyelesaikan masalah infrastruktur dan air di negeri ini khususnya dalam konteks pemberian peruntukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Mengulas mengenai sebuah poster yang tular mengajak penduduk berhimpun di pejabat JANS di sini hari ini, Mustapha meminta penduduk yang mahu mengutarakan masalah air supaya mengikut saluran yang betul. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...