Sunday, May 5, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Thunder tewaskan Magic

    LAS VEGAS, 12 JULAI — Pilihan nombor dua dalam draf, Chet Holmgren, menyumbang 16 mata dan 10 rebounds untuk membantu Oklahoma City Thunder meraih kemenangan 84-81 ke atas Orlando Magic pada malam kelmarin dalam Liga Musim Panas Las Vegas.

    Holmgren merembat tujuh daripada 10 dalam permainan yang pada asalnya dijangka menjadi perlawanan pilihan nombor satu dan dua.

    Tetapi Magic memberitahu awal kelmarin bahawa Paolo Banchero tidak akan bermain pada baki musim panas selepas mencatatkan purata 20 mata, lima rebounds dan enam assists dalam dua perlawanannya di Las Vegas. Manakala Josh Giddey menambah 12 mata, tujuh rebounds dan lapan assists untuk Thunder (1-1).

    Holmgren mempamerkan aksi cemerlangnya semalam menerusi kawalan bola yang kemas dan mengucar-ngacirkan pertahanan Oklahoma City. Dia menghasilkan dua daripada empat dunk dari jarak three-pointer, menyekat dua percubaan dan melakukan empat turnovers.

    Justin James mendahului Orlando menerusi 6 daripada 9 percubaan. Tommy Kuhse menjaringkan 14 mata, Devin Cannady menambah 12 dan Zavier Simpson memperoleh 11 mata, tujuh assists dan lima steals. Manakala Emanuel Terry menjaringkan 10 mata dan meraih 14 rebounds. – AP

    Aksi Chet Holmgren (kanan) semasa Liga Musim Panas NBA 2022 di Pusat Thomas & Mack kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...