Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    PM UK baharu diumum September ini

    LONDON, 12 JULAI – Perdana Menteri baharu United Kingdom (UK) yang menggantikan Boris Johnson bakal diumumkan pada 5 September nanti, kata pengerusi jawatankuasa 1922 Parti Konservatif, Graham Brady, kelmarin.

    Brady berkata jawatankuasa 1922, yang mengadakan pemilihan Tory memutuskan bahawa calon perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 20 ahli parlimen ketika pencalonan dibuka hari ini, lapor Xinhua.

    Pusingan pertama pengundian dalam kalangan ahli parlimen Tory akan diadakan Rabu ini, sambil menambah calon perlu memperoleh 30 undian bagi melayakkan diri ke pusingan kedua yang akan berlangsung Khamis nanti.

    Hanya dua calon akan ke pusingan seterusnya sebelum persidangan parlimen ditangguhkan pada 21 Julai, katanya.

    Dua calon itu kemudiannya akan melalui undi pos dalam kalangan ahli Konservatif seramai kira-kira 200,000 orang dan pemenang akan menjadi pemimpin baharu Tory sekali gus dilantik sebagai perdana menteri baharu UK. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...