Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Tuchel kini jurulatih baharu Bayern

    MUNICH, JERMAN, 26 MAC – Jurulatih Bayern Munich yang baru dilantik, Thomas Tuchel berkata kelmarin dia terkejut apabila ditawarkan jawatan tersebut selepas menggantikan Julian Nagelsmann yang dipecat.

    Tuchel, 49, telah dilantik dengan kontrak yang berkuatkuasa sehingga 2025 selepas Nagelsmann dipecat hanya dalam musim keduanya mengendalikan Bayern.

    Nagelsmann kehilangan jawatannya bersama juara Eropah enam kali itu pada Jumaat selepas kelab itu hanya menhuni tangga kedua dalam Bundesliga, tetapi beliau berjaya membimbing Bayern ke suku akhir Liga Juara-Juara.

    Tuchel dipecat oleh Chelsea pada September walaupun membawa kelab itu menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara pada 2021. Beliau bercakap dengan bos Bayern pada Selasa.

    “Percaya atau tidak, saya agak terkejut dalam 30 saat pertama perbincangan pertama kami,” kata Tuchel kepada pemberita.

    “Saya tidak tahu apa yang kami bincangkan. Ia menjadi lebih jelas sekarang.

    “Saya benar-benar terkejut. Masa yang dipilih adalah mengejutkan. Tiada sebarang rundingan sebelum ini,” tambah bekas bos Paris Saint-Germain itu.

    Tuchel mempunyai reputasi bersikap tegas dan menuntut sokongan penuh daripada majikannya, satu keperluan yang menegangkan hubungan di kedua-dua Chelsea dan PSG. – AFP

    Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich, Oliver Kahn (kiri), jurulatih baharu, Thomas Tuchel (tengah) dan Ketua Pegawai Sukan, Hasan Salihamidzic bergambar semasa sidang akhbar, di Munich, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...