Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Ethiopian Airlines sambung semula laluan Addis Ababa-KL

    SEPANG, 26 MAC – Ethiopian Airlines (ET) menyambung semula penerbangannya untuk laluan Kuala Lumpur-Addis Ababa bermula hari ini dengan menyediakan empat penerbangan seminggu selepas menghentikan operasinya pada 2021 akibat COVID.

    Pengarah Urusan Ethiopian International Services (EIS), Mesfin Biru berkata ET teruja untuk menyambung semula penerbangannya ke Kuala Lumpur (KL) selepas menggantungkannya selama dua tahun. EIS ialah salah satu daripada tujuh pusat perniagaan untuk Ethiopian Airlines.

    Beliau berkata ET memulakan penerbangan antara Addis Ababa dan KL dengan menyediakan perkhidmatan tiga kali seminggu pada tahun 2012, bagaimanapun penerbangan itu digantung pada 2021 berikutan sekatan perjalanan akibat pandemik.

    “Penyambungan semula penerbangan itu membuka semula pilihan perjalanan yang mudah dan lancar antara KL dan lebih 60 destinasi di Afrika. KL adalah destinasi pilihan untuk pengembara perniagaan dan percutian.

    “Penerbangan ini juga merupakan salah satu saluran yang mengeratkan hubungan diplomatik dan sosioekonomi antara Malaysia dan Afrika, justeru memainkan peranan penting dalam hubungan antara kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita pada majlis menyambut ketibaan penumpang penerbangan Ethiopian Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa KL hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...