Sunday, May 5, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Ubat titis mata tercemar ditarik balik

    NEW YORK, 3 FEB – Pegawai kesihatan Amerika Syarikat (AS) berkata semalam sebuah syarikat sedang menarik balik ubat titis mata tanpa preskripsi doktor yang telah dikaitkan dengan wabak jangkitan.

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit pada minggu ini menghantar amaran kesihatan kepada doktor, berkata wabak membabitkan sekurang-kurangnya 55 orang di 12 negeri.

    Seorang maut dan sekurang-kurangnya lima orang lain mengalami mata buta.

    Jangkitan itu, termasuk yang ditemui dalam darah, kencing dan paru-paru, dikaitkan dengan ubat EzriCare Artificial Tears. Ramai berkata mereka telah menggunakan produk itu, iaitu pelincir yang digunakan untuk merawat mata kering dan iritasi.

    Ubat titis mata itu dijual di bawah nama EzriCare dan dibuat di India oleh Global Pharma Healthcare. Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan berkata syarikat telah menarik balik EzriCare Artificial Tears yang luput tarikh dan satu lagi produk, Delsam Pharma’s Artificial Tears.

    Jangkitan berpunca daripada bakteria dipanggil Pseudomonas aeruginosa. Penyiasat mengesannya dalam botol Ezricare yang terbuka, namun ujian lanjut masih dijalankan. – AP

    Gambar mikroskop elektron menunjukkan bakteria Pseudomonas aeruginosa berbentuk rod. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...