Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    StanChart Brunei rai TBC

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Bagi mengucapkan terima kasih serta menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan orang ramai, Bank Standard Chartered (StanChart) Brunei telah mengadakan majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) di Ballroom, Hua Ho Manggis Mall, kelmarin.

    Antara yang hadir ialah pegawai-pegawai kanan kerajaan, para pelanggan, ahli persatuan perniagaan, ahli korporat, duta-duta besar dan pesuruhjaya tinggi luar negara ke Negara Brunei Darussalam serta rakan-rakan bank yang merangkumi 600 jemputan.

    Para jemputan tersebut telah dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif StanChart Brunei, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim. Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina itu diadakan untuk memberi peluang kepada bank berkenaan untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak berkepentingan yang menyambut perayaan itu, serta sebagai penghargaan kepada semua atas sokongan dan kepercayaan berterusan mereka kepada StanChart.

    Pengiran Aki Ismasufian bergambar ramai bersama para jemputan semasa majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Ballroom, Hua Ho Manggis Mall, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...