Tiada wanita di dunia ini yang boleh tenang jika melihat suami mereka diganggu orang ketiga apatah lagi di depan mata sendiri!
Namun itu yang pernah berlaku kepada pelakon Julia Farhana apabila suaminya iaitu Dr Mohammad Che Haz Che Ibrahim cuba digoda perempuan lain, dedah mStar.
Tidak selesa dengan apa dilihatnya, Julia atau Julia Farhana Marin, 31, berkata, wanita terbabit juga tidak mengendahkan keberadaan dirinya.
“Saya pernah berada dalam situasi di mana seorang wanita datang kepada suami saya, berbual dengannya dan langsung mengabaikan kewujudan saya di sebelah dia.
“Girl, saya tidak berminat untuk berbual dengan awak, dan jelas suami saya pun jawab sepatah-sepatah, like common sense?
“Kami tidak selesa, tinggalkan kami, biarkan suami saya sendirian.
“Dia jelas tidak mahu bercakap dengan awak,” katanya.
Julia berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya semalam.
Dalam pada itu, kata Julia dia bersyukur suaminya tidak pernah mencari masalah kerana sentiasa menjaga batas hubungan dengan wanita lain.
“Suami saya tidak pernah jadi masalah kerana dia memang jaga sempadan.
“Alhamdullilah saya tak pernah nak risau,” ujarnya. – Agensi