Thursday, November 7, 2024
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga AS ditahan atas tuduhan berkaitan dadah

    MOSCOW, 9 JAN – Rusia telah menahan dan mengeluarkan pertuduhan berkaitan dadah terhadap warga Amerika Syarikat (AS), Robert Woodland, yang telah diberkas oleh penguatkuasa undang-undang awal bulan ini, kata mahkamah Moscow hari ini.

    Moscow kini menahan beberapa warga AS atas tuduhan pengintipan dan lain-lain, setelah ketegangan antara Rusia dan AS meningkat berhubung konflik di Ukraine.

    “Pada 6 Januari, Mahkamah Daerah Ostankinsky Moscow memerintahkan agar Robert Romanov Woodland diletakkan dalam tahanan selama dua bulan, sehingga 5 Mac 2024,” kata mahkamah itu di media sosial.

    Dia dituduh melakukan ‘pemerolehan, penyimpanan, pengangkutan, pembuatan, pemprosesan dadah secara haram’ dan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

    Pihak berkuasa Rusia telah menahan beberapa warga AS dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan pengkritik menuduh Moscow menggunakan tahanan sebagai alat pertukaran dalam rundingan bagi menukar warga Rusia yang dipenjarakan di AS. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda