Thursday, November 7, 2024
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    WHO iktiraf UAE atas komitmen integrasi vaksin HPV

    EMIRIAH ARAB BERSATU, 16 OGOS – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas usaha progresifnya dalam memperkukuh program imunisasi kebangsaan, dengan penekanan khusus terhadap integrasi vaksin HPV, lapor agensi berita Emirates (WAM).

    Pengiktirafan ini menonjolkan keyakinan WHO terhadap sistem penjagaan kesihatan UAE yang kukuh, yang mengutamakan penjagaan pencegahan serta mengintegrasikan teknologi imunisasi terkini melalui pendekatan inovatif dan mampan. Anugerah itu diterima oleh Pengerusi Kumpulan Penasihat Teknikal Imunisasi Kebangsaan (NITAG), Dr Ahmed Al Suwaidi bersama Dr Sulaiman Al Hammadi dan Dr Laila Al-Jasmi dari Kementerian Kesihatan dan Pencegahan (MoHAP) dalam satu majlis di Pejabat Serantau WHO bagi Mediterranean Timur di Kaherah.

    Majlis itu juga sempena ulang tahun ke-50 Program Asas Imunisasi WHO, yang dihadiri oleh pegawai kanan dan wakil-wakil dari rantau Mediterranean Timur.

    Inisiatif strategik utama ini menjalani semakan berkala oleh jawatankuasa teknikal khusus, termasuk NITAG dan Jawatankuasa Tertinggi Imunisasi Kebangsaan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda