Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    10 didakwa tipu pelajar Uganda jadi buruh

    TAIPEI, 14 OKT – Pendakwa raya Taiwan hari ini mendakwa seorang pegawai kanan universiti dan sembilan lainnya atas penipuan biasiswa di mana penuntut-penuntut dari Uganda dipaksa untuk bekerja di kilang.

    Kes tersebut terungkai Januari lalu selepas media tempatan melaporkan mengenai aduan pelajar bahawa mereka diarahkan untuk ‘menjalani penempatan kerja’ di kilang-kilang.

    Sejak itu, Kementerian Pendidikan telah mengharamkan Chung Chou University of Science dan Technology di tengah Changhua daripada mengambil pelajar luar negara.

    Pendakwa raya daerah hari ini mendakwa dekan hal ehwal pelajar sekolah, timbalan ketua jabatan pembangunan belia dan lapan lainnya dengan beberapa pertuduhan daripada penyeludupan manusia, penipuan dan rasuah.

    Menurut pendakwa raya, dekan dan dua lagi rakan sekerjanya didakwa ‘memperdaya’ pelajar Uganda dengan ‘janji palsu berupa tawaran biasiswa dan penempatan kerja di industri teknologi tinggi’ untuk datang belajar di universiti pada penghujung 2019.

    Sebaik tiba di Taiwan, pelajar-pelajar berkenaan dimaklumkan mereka berhutang kepada sekolah disebabkan pembiayaan perjalanan dan lainnya, dan mereka terpaksa melakukan kerja-kerja berat berjam-jam lamanya di kilang-kilang tempatan.

    Timbalan ketua gagal menyiasat dakwaan eksploitasi dan memutuskan bahawa kilang yang mengambil mereka tidak menyalahi undang-undang buruh, kata pendakwa raya.

    Timbalan ketua bagi perlindungan warga asing turut didakwa dalam kes tersebut selepas dia mendedahkan keberadaan pelajar Uganda kepada seorang kakitangan sekolah. – AFP

    Gambar fail menunjukkan para pekerja membuat kasut di sebuah kilang di bandar Marikina, Filipina. Pendakwa raya Taiwan mendakwa 10 orang yang terlibat dalam atas penipuan biasiswa di mana penuntut-penuntut dari Uganda dipaksa untuk bekerja di kilang. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...