Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Rosmah kemuka 127 alasan ketepikan sabitan, hukuman kes rasuah

    KUALA LUMPUR, 14 OKT – Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta ke atasnya adalah berat sebelah dan tidak berlandaskan pertimbangan yang betul.

    Berdasarkan 127 alasan dalam petisyen rayuan yang dikemukakan Rosmah selaku perayu, beliau antaranya mendakwa keputusan Hakim Mohamed Zaini Mazlan juga tidak berturutan dengan prinsip undang-undang yang telah diputuskan di dalam kes-kes seperti itu sebelum ini. 

    Rosmah, 70, memfailkan petisyen rayuan bagi mengetepikan sabitan dah hukuman yang dijatuhkan  terhadapnya menerusi Tetuan Akberdin & Co di Mahkamah Rayuan semalam.

    Pada 1 Sept lepas, Mahkamah Tinggi mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

    Mahkamah juga memerintahkannya dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu. – Bernama

    Rosmah mendakwa keputusan Hakim Mohamed Zaini Mazlan tidak berturutan dengan prinsip undang-undang yang telah diputuskan di dalam kes-kes seperti itu sebelum ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...