Monday, May 6, 2024
22.9 C
Brunei

    -

    210 graduan lakar kejayaan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Seramai 210 graduan Institut KEMUDA melakar kejayaan bermakna setelah menamatkan pengajian dan diraikan pada Majlis Konvokesyen Institut KEMUDA ke-7, di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Brunei, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Daripada 210 graduan itu, 79 adalah graduan BTEC Diploma dalam Teknologi Maklumat (IT) Peringkat 3; seramai 69 graduan BTEC Sijil dalam IT Peringkat 2; 49 graduan BTEC HND dalam Pengkomputeran Peringkat 5; enam graduan NCC Diploma dalam Pengkomputeran Peringkat 3; dan tujuh graduan NCC Diploma dalam Pengkomputeran Peringkat 4.

    Pengetua Institut KEMUDA, Awang Mohd Khairy Yusrin bin Haji Salam dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan Institut KEMUDA membuka satu lagi kursus baharu iaitu Pearson’s BTEC Level 1 Introductory Diploma in IT, bagi pelajar yang tidak mempunyai kredit Peringkat O yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyampaikan sijil kepada graduan yang diraikan.

    ATAS & BAWAH: Antara graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesyen Institut KEMUDA ke-7, di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Brunei, kelmarin.

    Ia adalah salah satu usaha mereka yang sejajar dengan wawasan 2035 untuk menjadikan Brunei terdiri daripada masyarakat berpendidikan tinggi.

    Di samping itu, katanya, Institut KEMUDA juga berjaya membuka beberapa kursus profesional jangka pendek, yang diiktiraf seperti NCC Keselamatan Siber, Adobe Certified Professional, Game Development dan Analitis Data untuk keperluan orang ramai khususnya kepada mana-mana organisasi tempatan yang ingin meningkatkan kemahiran kakitangan mereka.

    “Kursus-kursus jangka pendek ini dipercayai dapat memberi manfaat yang tinggi, terutama bagi kakitangan yang menggunakan pelbagai saluran digital dalam pekerjaannya,” jelasnya.

    Selain itu, beliau juga mengongsikan Institut KEMUDA berjaya menjalin kerjasama dengan beberapa rakan kongsi seperti Comptia, Prometric dan BruCert dalam usaha menawarkan lebih banyak lagi kursus profesional jangka pendek yang diiktiraf serta menjadi pusat latihan dan ujian teknologi maklumat pilihan ramal.

    Beliau seterusnya mengongsikan bahawa pada tahun ini, 60 peratus daripada graduan Institut KEMUDA telah berjaya mendapatkan pekerjaan dalam pelbagai sektor awam dan swasta. Manakala 40 peratus lagi, berjaya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, di institusi pe-ngajian awam tempatan seperti UTB, UBD dan di luar negara.

    Juga hadir pada majlis konvokesyen itu ialah Pengerusi Institut KEMUDA, Dato Paduka Haji Abdul Razak bin Haji Muhamad; ahli Lembaga Pengarah Institut KEMUDA, Awang Shaiful Arief bin Dato Paduka Haji Abdul Razak; Pengarah Urusan Institut KEMUDA, Loo Mei Tim; para jemputan khas, tenaga akademik dan pengurusan institut tersebut serta ibu bapa graduan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...