Saturday, September 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Afgan umum konsert KL Disember ini

    Pelbagai artis dari Indonesia akan membuat konsert Malaysia seperti Dewa 19, Rossa, Ungu, Rizky Febian, Gigi dan sebagainya yang membuatkan peminat teruja dengan kehadiran mereka.

    Terbaharu, penyanyi popular dari Indoneisa, Afgan turut mengumumkan bakal mengadakan Konsert Afgan Evolution Live di Kuala Lumpur pada Disember ini.

    Menerusi perkongsian di Instagram, Afgan akan mengadakan persembahan itu pada 17 Disember 2022 di Dewan Plenari KLCC, Kuala Lumpur.

    Pengumuman itu telah membuatkan peminat penyanyi itu bagai hilang kawalan kerana sudah lama menantikan kehadiran Afgan mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

    “Aduh! Habislah duit banyak konsert nak pergi. Impian akhirnya jadi kenyataan.

    “Selamat datang ke Kuala Lumpur! Tak sabar nak tunggu kehadiran Afgan! Memang confirm akan pergi,” tulis peminat.

    Sementara itu, Afgan memberitahu pada konsert berkenaan dia akan menghiburkan peminat dengan lagu terbaharu dan terhangat yang pastinya akan disukai peminat.

    Antara lagu yang menjadi kesukaan peminat adalah Jodoh Pasti Bertemu, Terima Kasih Cinta, Pesan Cinta, Entah, Panas Asmara dan banyak lagi.

    Afgan kali terakhir beraksi di Malaysia adalah pada 2019 menerusi Inspirasi Afgan Live in Kuala Lumpur. – Agensi

    Konsert Afgan Evolution Live bakal berlangsung pada Disember ini di KLCC. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...