Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Arab Saudi batalkan kebanyakan sekatan COVID

    RIYADH, 6 MAC – Arab Saudi semalam membatalkan kebanyakan sekatan COVID-19, termasuk penjarakan fizikal di kawasan awam dan kuarantin untuk pelawat yang sudah menerima vaksin.

    Langkah berkenaan dilihat bakal memudahkan urusan jemaah haji dan umrah ke negara itu.

    Ia turut merangkumi penggantungan langkah penjarakan fizikal di semua kawasan tertutup dan terbuka termasuk masjid, menurut laporan agensi berita Saudi (SPA) memetik sumber Kementerian Dalam Negeri.

    Selain itu, pemakaian pelitup muka juga hanya diwajibkan di kawasan tertutup, berdasarkan keputusan terbaharu itu yang berkuat kuasa semalam. Menurut laporan SPA, Arab Saudi juga tidak lagi mewajibkan pelawat divaksin menunjukkan hasil ujian negatif PCR atau ART sebelum tiba ke negara itu, atau diwajibkan menjalani kuarantin.

    Selain itu, pemakaian pelitup muka juga hanya diwajibkan di kawasan tertutup, berdasarkan keputusan terbaharu itu yang berkuat kuasa semalam.

    Menurut laporan SPA, Arab Saudi juga tidak lagi mewajibkan pelawat divaksin menunjukkan hasil ujian negatif PCR atau ART sebelum tiba ke negara itu, atau diwajibkan menjalani kuarantin.

    Pandemik COVID-19 menjejaskan perjalanan jemaah umrah dan haji, yang kebiasaannya menjadi penyumbang pendapatan utama negara itu dengan pendapatan sekitar AS$12 bilion (RM50 bilion) setiap tahun.

    Tahun lalu, penularan COVID-19 memaksa Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah haji untuk tahun kedua berturut-turut, dengan hanya 60,000 rakyat dan penduduk negara itu yang lengkap divaksin, dibenarkan menunaikan haji.

    Sejak pandemik bermula, Arab Saudi merekodkan lebih 746,000 kes COVID-19 dan 9,000 kematian, daripada populasi berjumlah 34 juta. – AFP

    Gambar fail musim haji kala pandemik dalam masa dua tahun lalu. Arab Saudi membatalkan kebanyakan sekatan bermula kelmarin, langkah yang bakal memudahkan urusan jemaah haji dan umrah ke negara itu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...