Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Warganet kecam catwalk Gigi Hadid

    Vogue France memuatnaik video model jelita memperagakan busana rekaan pereka fesyen antarabangsa, yang menyertai Minggu Fesyen Paris 2022 di Instagram mendapat perhatian ramai pengguna media sosial.

    Video yang dimuatnaik di Instagram Vogue France memaparkan Gigi Hadid melakukan catwalk, dengan menggayakan busana dari jenama Coperni.

    “@GigiHadid berjalan @Coperni pertunjukan dalam gaun merah jambu latex!”

    Apa yang mencuri perhatian pandangan mata orang ramai adalah, cara supermodel terkenal Gigi Hadid berjalan dilihat sangat buruk seolah-olah bukan cara berjalan top model dan mendapat banyak komen-komen serta respon negatif di media sosial.

    “Dia nampak sangat cantik di sini tapi dia punya berjalan teruk untuk ‘runway top’!”

    “Cara dia berjalan tak pernah bagus tapi kebelakangan ini ia menjadi lebih teruk.”

    “Cantik tapi dia tak boleh berjalan” komen warganet. – Agensi

    Cara supermodel terkenal Gigi Hadid berjalan dilihat sangat buruk seolah-olah bukan cara berjalan top model menjadi perhatian warganet. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...