Monday, May 6, 2024
22.9 C
Brunei

    -

    AS bakal labur AS$6.1b kepada Micron untuk kilang cip Amerika

    WASHINGTON, 25 APRIL – Micron bersedia menerima geran sehingga AS$6.1 bilion daripada kerajaan Amerika Starikat (AS) untuk membantu membina kilang semikonduktornya di New York dan Idaho, kata Rumah Putih, hari ini.

    Penganugerahan itu, yang akan diumumkan oleh Presiden Joe Biden semasa dia pergi ke Syracuse, New York, adalah yang terbaharu dalam siri usaha Washington untuk membawa kembali pengeluaran semikonduktor ke negara itu.

    AS telah berusaha untuk memastikan penerajunya dalam industri cip, terutamanya berkaitan dengan pembangunan kecerdasan buatan (AI), kedua-duanya atas alasan keselamatan negara dan dalam menghadapi persaingan dengan China.

    Pelaburan itu akan membantu Micron “membawa semula pembuatan cip memori termaju ke AS buat kali pertama dalam 20 tahun,” kata Chuck Schumer dari New York, pemimpin majoriti Senat, kepada pemberita.

    Pembiayaan langsung AS$6.1 bilion itu berada di bawah Akta CHIPS dan Sains, pakej utama pembiayaan dan insentif cukai yang diluluskan oleh Kongres pada 2022 untuk meningkatkan penyelidikan dan pengeluaran semikonduktor AS.

    Rumah Putih berkata dana itu akan disalurkan untuk menyokong pembinaan dua kemudahan di Clay, New York dan satu di Boise, Idaho, di ibu pejabat Micron. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...