Monday, May 6, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Banjir di Tanzania telah membunuh 155 orang

    NAIROBI, 26 APRIL – Banjir di Tanzania akibat hujan lebat berminggu-minggu telah membunuh 155 orang dan menjejaskan lebih 200,000 yang lain, kata perdana menterinya, kelmarin.

    Itu lebih daripada dua kali ganda jumlah kematian yang dilaporkan dua minggu lalu apabila jumlah hujan meningkat, terutama di kawasan pantai dan ibu negara, Dar es Salaam.

    Perdana Menteri, Kassim Majaliwa memberitahu parlimen bahawa corak iklim El Niño telah memburukkan lagi musim hujan yang berterusan, menyebabkan banjir dan memusnahkan jalan, jambatan dan kereta api. Sekolah-sekolah yang dilanda banjir telah ditutup dan perkhidmatan kecemasan telah menyelamatkan orang ramai yang terdampar oleh air banjir.

    Majaliwa memberi amaran kepada mereka yang tinggal di kawasan rendah untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi dan menggesa pegawai daerah memastikan peruntukan yang dimaksudkan untuk mereka yang rumahnya hanyut diberikan kepada mereka yang memerlukan bekalan. Beliau berkata lebih 51,000 isi rumah terjejas akibat hujan itu.

    Wilayah Afrika Timur mengalami hujan lebat, dengan banjir juga dilaporkan di negara jiran Burundi dan Kenya.

    Di Kenya, 35 orang dilaporkan mati setakat hari Isnin, dan jumlah itu dijangka meningkat apabila banjir berterusan di seluruh negara.

    Di kawasan setinggan Mathare di ibu negara, Nairobi, sekurang-kurangnya empat mayat telah diambil dari rumah yang dinaiki air pada hari Rabu. Media tempatan melaporkan bahawa lebih banyak mayat telah diambil dari Sungai Mathare.

    Presiden Kenya, William Ruto mempengerusikan mesyuarat tindak balas banjir pelbagai agensi, kelmarin, dan mengarahkan Perkhidmatan Belia Negara untuk menyediakan tanah untuk orang ramai di kawasan yang dilanda banjir. – AP

    Murid sekolah terkandas di jambatan Sungai Zingiziwa yang rosak di Dar Es Salaam, Tanzania, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...