Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Pelancong antarabangsa ke Angkor meningkat

    PHNOM PENH, 5 MEI – Bilangan pelawat antarabangsa ke Taman Arkeologi Angkor yang terkenal di Kemboja meningkat 41 peratus tahun ke tahun dalam empat bulan pertama 2024, menurut laporan daripada syarikat Angkor Enterprise pada Jumaat lalu.

    Taman purba itu mencatatkan 421,379 pelancong asing sepanjang tempoh Januari-April tahun ini, meningkat 41 peratus daripada 298,998 berbanding tempoh yang sama tahun lepas, tambah laporan itu.

    Taman itu memperoleh AS$19.9 juta hasil daripada jualan tiket, juga meningkat 42 peratus daripada AS$14 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu, tambah laporan itu.

    Pelancong China merupakan sumber antarabangsa kelima terbesar ke taman Angkor selepas Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan Korea Selatan, kata laporan itu.

    Ia menambah bahawa kira-kira 28,172 pelancong China melawat taman itu, meningkat 53 peratus daripada 18,437.

    Terletak di barat laut wilayah Siem Reap, Taman Arkeologi Angkor seluas 401km persegi itu adalah tempat asal kepada 91 kuil purba, yang telah dibina dari abad ke-9 hingga ke-13.

    Taman itu, dicatat dalam Senarai Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1992, merupakan destinasi pelancongan paling popular di negara itu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...