Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    57 jiwa terkorban, ribuan tinggalkan rumah akibat banjir

    PORTO ALEGRE, 5 MEI – Banjir dan gelongsoran lumpur yang dahsyat telah mengorbankan sekurang-kurangnya 57 orang di selatan Brazil dan memaksa hampir 70,000 orang meninggalkan kediaman mereka, kata agensi pertahanan awam negara itu, kelmarin.

    Sekurang-kurangnya 74 orang cedera dan 67 lagi hilang akibat banjir mendatangkan bencana itu, menurut pertahanan awam.

    Jumlah korban tidak termasuk dua orang yang maut dalam letupan di stesen minyak yang ditenggelami air di Porto Alegre, yang disaksikan oleh wartawan AFP, di mana kru penyelamat cuba mengisi minyak.

    Paras air yang meningkat dengan cepat di negeri Rio Grande do Sul telah memberikan tekanan terhadap empangan-empangan dan khususnya mengancam Porto Alegre dari segi ekonomi, sebuah bandar yang mempunyai penduduk 1.4 juta.

    Sungai Guaiba, yang mengalir melalui bandar, berada pada rekod ketinggian 5.04 meter, jauh di atas 4.76 meter yang telah menjadi rekod sejak banjir 1941.

    Pihak berkuasa bertungkus-lumus untuk mengosongkan kawasan kejiranan yang berpaya ketika penyelamat menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan jet ski untuk bergerak melalui air separas pinggang bagi mencari mangsa yang terkandas. – AFP

    Orang ramai dan anggota polis membawa mayat mangsa selepas letupan di sebuah stesen minyak di Porto Alegre, Negeri Rio da Grande do, Brazil pada 4 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...