Sunday, May 19, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Banjir punca MotoGP Kazakhstan ditangguhkan

    PARIS, 5 MEI – MotoGP Kazakhstan telah ditunda dari bulan depan kepada akhir tahun ini kerana banjir besar yang melanda negara itu, menurut penganjur acara, Dorna baru-baru ini.

    Perlumbaan tersebut sepatutnya berlangsung di Litar Lumba Antarabangsa Sokol Almaty dari 14 hingga 16 Jun tetapi cuaca buruk yang belum pernah berlaku sebelum ini dan banjir di seluruh Asia Tengah telah mencetuskan keadaan darurat di seluruh Kazakhstan.
    “Adalah tidak bertanggungjawab bagi MotoGP untuk memberikan apa-apa beban tambahan kepada pihak berkuasa atau perkhidmatan ketika mereka berusaha untuk membantu puluhan ribu orang yang terjejas di seluruh negara,” kata Dorna Sport dalam satu kenyataan, sambil menambah ‘kemas kini lanjut akan diterbitkan setelah disahkan’.

    Kazakhstan sepatutnya menjadi tuan rumah perlumbaan tersebut buat kali pertama selepas edisi tahun lalu dibatalkan kerana kerja-kerja berterusan di litar dan cabaran operasi global.

    Selepas pembatalan GP Argentina pada permulaan musim dan penangguhan Kazakhstan, kalendar MotoGP kini mempunyai 20 acara yang disahkan – empat daripadanya telah pun berlangsung. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...