Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Guerreiro terlepas aksi menentang Real Madrid

    MUNICH, 5 MEI – Pemain pertahanan kiri Bayern Munich, Raphael Guerreiro telah disahkan tidak dapat bermain dalam separuh akhir Liga Juara-juara menentang Real Madrid kerana kecederaan buku lali.

    Pemain Portugal itu mengalami kecederaan ligamen dan kapsul pada buku lalinya ketika menentang Stuttgart kelmarin, menurut kenyataan Bayern hari ini.

    Kelab tersebut berkata pemain itu akan diketepikan untuk ‘beberapa perlawanan akan datang’.

    Guerreiro dikeluarkan daripada padang pada minit ke-17 dalam kekalahan 3-1 di Stuttgart dan jurulatih Bayern, Thomas Tuchel menyatakan selepas itu bahawa pemain tersebut menggunakan topang kaki.

    Tuchel telah membuat enam pertukaran daripada pasukan yang seri 2-2 dengan Madrid pada perlawanan pertama separuh akhir mereka, dengan Guerreiro antara yang bermain dari awal. Noussair Mazraoui, Konrad Laimer, Leon Goretzka, Thomas Muller, Leroy Sane dan Jamal Musiala semuanya direhatkan.

    Tuchel mengeluarkan Eric Dier pada waktu rehat sebagai langkah berjaga-jaga selepas pemain pertahanan itu bertembung kepala dengan pemain Stuttgart, Serhou Guirassy pada separuh masa pertama. Dier terus bermain dengan balutan di kepalanya. – AP

    Guerreiro meninggalkan padang sambil diperhatikan oleh Tuchel, semasa perlawanan antara Bayern Munich dan VfB Stuttgart, di Jerman pada 4 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...