Sunday, May 19, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    MOAS sambut Hari Keluarga dalam suasana Syawal

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Hari Keluarga Kebangsaan bagi Negara Brunei Darussalam lazimnya diisytiharkan pada Ahad minggu pertama Mei yang mana pada tahun ini sambutan tersebut jatuh pada bulan Syawal.

    Sehubungan itu, Jawatankuasa Takmir Masjid Omar ‘Ali Saifuddien (MOAS) telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan dan Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di masjid berkenaan, hari ini.

    Antara tujuan acara berkenaan adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara pegawai, kakitangan, ahli jawatankuasa takmir, Kumpulan Belia Syababus Salam, Kumpulan Pendikir dan Muslimah MOAS berserta ahli keluarga masing-masing.

    Ia juga bertujuan untuk mengimarahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang membina seperti bersembahyang fardu Maghrib dan Isyak berjemaah dan mendengarkan tazkirah berkaitan dengan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan dan Ramah Mesra Hari Raya
    Aidilfitri.

    Turut hadir memeriahkan lagi acara ialah Penguasa MOAS, Awang Zulkifli bin Haji Murat.

    Dengan adanya acara seumpamanya akan dapat memupuk rasa kasih sayang dan saling bantu membantu dalam kalangan pegawai dan kakitangan serta ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid.

    ATAS & BAWAH : Antara yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan dan Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...